SKIZOFRENIA & KAEDAH RAWATANNYA
"A BEAUTIFUL MIND"
PENGENALAN
Skizofrenia adalah salah satu penyakit otak dan mental yang serius. Perkataan skizofrenia atau schizophrenia kerap digunakan oleh doktor. Perkataan ini agak asing bagi orang ramai kerana ia jarang digunakan. Orang ramai kebiasaannya menggunakan perkataan seperti "orang gila", "orang sakit mental" atau "pyscho" terhadap pesakit skizofrenia. Namun penggunaan perkataan "gila" dan "sakit" ini adalah kadang-kadang sialah ertikan kerana penyakit mental sebenarnya terdapat bermacam jenis dan tidak semuanya adalah skizofrenia. dengan demikian seseorang yang menderita skizofrenia adalah seorang yang mengalami keretakan jiwa atau keretakan peribadi.
Skizofrenia terbahagi kepada dua konsep asas iaitu
skizofrenia akut dan skizofrenia kronik. Skizofrenia akut adalah apabila pesakt
didominasi oleh keadaan klinikal seperti mengalami simptom-simptom delusi,
halusinasi dan gangguan pemikiran. Keadaan sebegini dipanggil simptom positif.
Sesetengah pesakit pulih daripada penyakit yang akut, sementara da setengah
yang lain menjadi sindrom kronik. Skizofrenia kronik pula pesakit yang
mengalami tiada emosi, kurang upaya motivasi, pergerakan perlahan dan suka menyendiri
daripada masyarakat. Ini digelar simptom negatif. Kebiasaannya penghidap
skizofrenia gagal berfungsi secara sosial dan persekitaran serta tidak berupaya
untuk menguruskan diri mereka sendiri.
Skizofrenia
sebenarnya adalah satu penyakit kronik dan merupakan masalah kegagalan fungsi
otak. Pesakit skizofrenia biasanya mendengar suara yang tidak didengari oleh
orang lain atau mempercayai orang lain sedang membaca dan menguasai pemikiran
mereka, mahupun cuba mencederakan mereka. Keadaan ini biasanya menimbulkan
ketakutan kepada pesakit. Mereka juga sering bercakap perkara-perkara yang
tidak masuk akal, duduk tanpa bercakap atau terlalu banyak bercakap selama
berjam-jam atau kelihatan baik sehinggalah memerkatakan apa yang mereka
fikirkan. Gangguan ini dikaitkan dengan
ketidakseimbangan unsur kimia tertentu dalam otak yang dipanggil neurotransmiter.
SEJARAH SKIZOFRENIA
Penyakit skizofrenia ini telah
ditemui sejak beribu tahun lagi, sejak zaman Greek. Kajian psikologikal telah
menemui dalam tamadun Babylon, Mesir Purba dan Yahudi. Skizofrenia berasal
daripada perkataan Greek, “schizophrenia”, yang bermaksud minda terbelah. Zaman
Babylon mengatakan ianya kuasa pengetahuan dan cara-cara merawat penyakit
fizikal ini. Tamadun Mesir Pura pula, sama seperti Zaman Babylon, mengenal
pasti bahawa otak atau akal itu merupakan tempat di mana mental berfungsi dan
terma persekitaran yang praktis dan terapi tidur. Ia bleh dianggap sebagai satu
penyakit yang agak baru kerana buat satu tempoh yang agak lama, gejala-gejala
skizofrenia sering dikaitkan dengan rasukan hantu. Hanya pada tahun 1893 ianya
mula dianggap sebagai satu penyakit.
Pada
tahun 1890, seorang ahli psikiatri dari Perancis, Morel menguraikan sindrom ini
sebagai demence precox. Pada tahun 1896, Father Of Psyhiatrist, Emil
Kraepelin berpendapat sindrom ini sebagai dementia praecox yang terdiri
daripada tiga jenis iaitu katatonik, hebefrenia dan paranoid. Kraeplin
menjelaskan bahawa kecelaruan ini merujuk kepada peringkat gangguan yang
melemahkan kemampuan proses pramatang otak bagi seseorang itu. Beliau turut
menjelaskan bahawa kecelaruan ini memerihalkan keadaan perpecahan mental yang
bermula dari zaman kanak-kanak. Antara simptom dalam kecelaruan ini ialah
halusinasi, delusi, penarikan sosial dan berlakunya gangguan dalam memberikan
tumpuan.
Sementara
pada tahun 1911 ahli psikiatri dari Sweeden, Eugen Bleular menggantikan “dementia
praecox” dengan schizophrenia. Schiz bermaksud terbelah, tercerai
atau terpisah (spit). Phrenia bermaksud fungsi fizik, mind
(minda) iaitu antara keadaan reality dan fantasi. Dengan kata lain skizofrenia
ialah split of the mind. Bleular juga mempercayai bahawa kecelaruan ini
bukanlah sekadar kecelaruan personaliti semata-mata malahan terjadi disebabkan
oleh keadaan tekanan yang dialami. Namun begitu beliau tetap bersetuju dengan
cadangan simpton yang wujud dalam kecelaruan ini seperti dinyatakan oleh
Kraeplin, iaitu halusinasi, delusi, penarikan sosial dan gangguan dalam
memberikan tumpuan. Pendapat ini diterima ramai oleh ahli psikiatri dan kekal
sehingga hari ini.
Filem
A Beautiful Mind (2001) ini menceritakan kisah sebenar mengenai ahli
matematik genius iaitu John Forbes Nash, yang berjaya mencipta teori ekonomi
yang telah digunakan sehingga sekarang. Kisah ini bermula apabila John Nash
telah diterima masuk keUniversiti Princeton. Beliau merupakan penerima anugerah
Carnegie Prize dalam bidang matematik. Beliau juga telah dijanjikan
sebuah bilik tunggal, rakan sebiliknya Charles Herman, seorang pelajar sastera
yang tidak lama menjadi sahabat karibnya. Nash juga bertemu dengan rakan
sekuliahnya (matematik) seperti Martin Hansen, Sol, Ansley dan Bender. Nash
seorang lelaki yang pemalu, menyendiri, rendah diri, tidak pandai bersosial,
dan seorang yang terlalu yakin pada diri sendiri. Beliau tidak pernah masuk ke
kuliah matematik seperti rakan yang lain dan sering menghabiskan waktu di luar
kelas untuk mendapatkan idea yang original. Beliau akhirnya berjaya mendapat
idea apabila seorang wanita menolak pelawaannya di bar dengan terhasilnya
kawalan dinamik dalam bidang ekonomi matematik.
Setelah tamat di Princeton, beliau
diterima kerja di Masaachusetts Institute of Technology (MIT) bersama rakannya
Sol dan Bender. Lima tahun mengajar mengenai kalkulus di MIT beliau berjumpa
dengan Alicia Larde dan akhirnya berkahwin. Nash telah dijemput Jabatan
Pertahanan di Pentagon untuk memecahkan kod rahsia musuh Amerika Syarikat.
Beliau berjaya memecahkan kod rahsia tersebut dan bertemu dengan William
Parcher, agen rahsia yang memberi tugasan kepada Nash untuk memecahkan kod
melalui majalah dan surat khabar. Beliau terlalu obses dengan tugas tersebut
dan pada masa yang sama beliau berjumpa semula dengan Charles serta anak
saudaranya Marcee. Alicia membuat
laporan di Hospital Psikitari setelah melihat perubahan yang dialami oleh Nash.
Doktor memberitahu bahawa William Parcher, Charles dan Marcee sebenarnya adalah
khayalan Nash sahaja. Nash diberi
rawatan dan ubat antipsychotic. Ubat-ubat tersebut memberikan kesan terhadap
hubungannya dengan isterinya serta keupayaannya untuk berfikir. Beliau akhinya
menolak untuk makan ubat tersebut dan watak dalam halusinasinya muncul kembali
semula. Nash dan Alicia memutuskan untuk hidup secara normal dan Nash harus
melawan halusinasinya dengan tidak mengambil sebarang ubat dari hospital.
Beliau meneruskan hidup dan diterima sebagai pengajar semula. Pada 1994, beliau
diberikan anugerah dalam bidang matematik, Nobel Memorial Prize in Economics
dengan terhasilnya teori ekulibriumnya yang banyak berjasa pada teori-teori
ekonomi.
JENIS SKIZOFRENIA
Terdapat tiga jenis skizofrenia yang utama iaitu
skizofrenia paranoid, heberfrenik dan katatonik.
1. SKIZOFRENIA PARANOID
Pesakit mempunyai kepercayaan palsu atau delusi yang
sentiasa menyimpang dengan kebenaran yang normal. Ciri-cirinya pesakit sentiasa
mengalami delusi, halusinasi, curiga terhadap orang lain dan suka bertengkar.
Pesakit percaya mereka mempunyai identiti lain daripada identiti dirinya yang
asal, seperti nabi atau makluk ghaib. Pesakit percaya, dia mempunyai kuasa atau
bakat-bakat tokoh berkenaan. Keadaan ini biasanya dirujuk sebagai
skizofernia besar (skizofernia grandeur). Pesakit menunjukkan kemarahan
yang berlebih-lebihan dan curiga pada orang lain. Contohnya mereka mungkin
mencurigai orang lain dan percaya mereka akan diculik, dimalukan atau dibunuh.
Berdasarkan kepercayaan palsu ini,mereka bertindak ganas dengan tujuan
melindungi diri mereka. Pesakit secara relatifnya kelihatan normal yang lain
meliputi wajah, berpakaian dan seumpamanya. Skizofrenia ini juga disebut
skizofrenia parafenik atau parafrenia.
2. SKIZOFRENIA HEBEFRENIK (KACAU BILAU)
Skizofrenia hebefrenik adalah jenis yang paling serius
dan sering dialami pada peringkat awal kehidupan seseorang. Ciri-cirinya adalah
suka menarik diri daripada secara ekstrim, halusinasi, delusi, kebodohan,
mempamerkan tingkah laku yang tidak sesuai, ganas dan ganjil. Skizofrenia jenis
ini adalah seperti paranoid dari segi adanya delusi dan halusinasi tetapi tidak
teratur berpecah-pecah sehingga ia tidak mempunai makna langsung. Pesakit
biasanay menunjukkan tingkah laku yang tidak senonoh, kurang sopan dan kotor.
Misalnya berpakaian kotor ataupun memakan makanan yang tidak sepatutnya.
3. SKIZOFRENIA KATATONIK
Pesakit biasanya tidak menunjukkan pergerakan langsung
(tubuh badan menjadi kaku) dan tidak sedarkan diri ataupun menggoyangkan
badannya dengan cara yang melampau. Biasanya pesakit bertindak dalam kedua-dua
keadaan iaitu berdiam diri (kaku seperti patung) dalam beberapa waktu dan
menggoncangkan badan ataupun becakap tidak berhenti-henti dalam waktu yang
lain. Mereka mungkin berda dalam keadaan kaku dalam beberapa jam.
4. SKIZOFRENIA DELUSI (SKIZOFRENIA BESAR)
Pesakit akan mengalami delusi yang bersifat tidak
logik dan tidak disertai halusinasi. Kecelaruan delusi bermaksud kecelaruan
kepercayaan iaitu individu percaya bahawa dirinya adalah orang tertentu dan
bukan dirinya yang sebenar.
SIMPTOM-SIMPTOM
SKIZOFRENIA
Simptom
skizofrenia dapat dibahagikan kepada tiga aspek penting yang melibatkan
kecelaruan kognitif, ganguan emosi dan kecelaruan tingkah laku.
1. KECELARUAN KOGNITIF
Ciri
utama adalah pesakit mengalami keadaan “tidak berpijak di alam nyata”. Pesakit biasanya
mempunyai kepercayaan ganjil dan tidak betul, mempunyai pemikiran dan bahasa
yang terpisah-pisah dan tidak logik. Mereka juga mengalami kecelaruan tumpuan
iaitu tidak dapat memberikan tumpuan kepada sesuatu perkataan atau peristiwa.
Kecelaruan persepsi ini dikenali sebagai halusinasi dan kecelaruan kepercayaan
pula dikenali sebagai delusi. Kecelaruan kognitif dapat dibahagikan kepada dua
iaitu halusinasi dan delusi.
Ia
adalah pengalaman persepsi tetapi tanpa ransangan deria. Pesakit mungkin dapat
melihat, mendengar, merasa ataupun bau rangsangan yang ganjil tanpa kewujudan
ransangan itu dalam persekitaran. Halusinasi ini seolah-olah seperti benar kepada pesakit dan mungkin disebabkan
oleh kebimbangan dan perubahan fungsi dalam sistem saraf. Mimpi semasa tidur
yang dialami oleh manusia yang normal mungkin menggambarkan halusinasi bagi
penghidap skizofrenia. Jenis-jenis halusinasi dapat dibahagikan kepada berikut.
- Halusinasi pendengaran : Mendengar suara yang pada hakikatnya orang normal tidak mendengarnya.
- Halusinasi penglihatan : Apa yang dilihat seolah-olah berbentuk orang, binatang, barang atau benda. Apa yang dilihat seolah-olah tidak berbentuk.
- Halusinasi penciuman: Halusinasi yang seolah-olah mencium sesuatu bau tertentu.
- Halusinasi pengecap : Halusinasi yang seolah-olah mengecap suatu zat atau merasa sesuatu yang dimakan.
- Halusinasi sentuhan: Halusinasi yang seolah-olah merasa disentuh.
- Halusinasi gerak: Halusinasi yang seolah-olah merasa badannya bergerak di sebuah ruang tertentu dan merasa anggota badan bergerak dengan sendirinya.
- Dalam filem “A Beautiful Mind” ini, adanya halusinasi. Nash mengatakan bahawa beliau mempunyai teman sekamar yang bernama Charles Herman dan anak saudaranya yang bernama Marcee. Beliau juga berasa beliau sentiasa diikuti oleh agen rahsia yang bernama William Parcher.
b. DELUSI
Delusi
adalah kepercayaan karut yang dipercayai dengan sangat kukuh oleh pesakit
walaupun dipertikaikan atau diragui oleh orang lain. Kepercayaan karut ini
tidak sejajar dengan budaya,agama, masyarakat keadaan social sekeliling dan
ilmu penfetahuan yang ada pada pesakit. Jenis-jenis delusi ialah :
- Delusi paranoid (paranoid or persecutory delusion) : Mempercayai bahawa terdapat orang lain, kumpulan atau organisasi yang cuba untuk menganiaya , mencederakan, mendatangkan kemudaratan atau membunuh pesakit tersebut. Contohnya; percaya bahawa orang gaji telah memasukkan racun ke dalam makanan atau percaya bahawa majikan dan orang atas memasang perangkap untuk menjatuhkan maruah pesakit dan mengancam kedudukan jawatan pesakit. Dalam filem “A Beautiful Mind” ini, Nash selalu merasa diikuti oleh ejen rahsia. Ejen ini selalu mengikuti Nash ke mana beliau pergi termasuk ke tempat beliau mengajar.
- Delusi kawalan (delusion of control) : Mempercayai bahawa perbuatan , kemahuan dan perasaan menjadi pasif dan hanya dikawal oleh kuasa dari luar tanpa kehendak diri sendiri. Contohnya; tangan pesakit menumbuk seseorang kerana di paksa oleh kuasa lain tanpa kawalan dan kehendak dirinya sendiri, merasai makhluk telah masuk ke dalam badan dan memaksa membunuh anak
- Delusi pelik (bizarre delusion): Mempercayai dengan kukuh sesuatu yang pelik. Contohnya; percaya bahawa malaikat telah datang menyerang bumi dan syaitan akan datang menyerang pula bumi setelah kematian jin.
- Delusi grandiose (grandiose delusion): Mempercayai bahawa dirinya mempunyai kelebihan tersendiri yang melampaui orang lain di dunia ini. Contohnya; percaya bahawa dirinya adalah nabi yang turun untuk menyelamatkan dunia ini, percaya bahawa dirinya boleh berkomunikasi dengan tuhan, percaya bahawa dirinya boleh mencipta kenderaan untuk sampai ke bulan dengan sekelip mata, percaya bahawa dirinya raja memerintah dan banyak lagi. Dalam filem ini, Nash menganggap dirinya adalah pemecah kod rahasia terbaik .
- Delusi nihilistik (nihilistic delusion): Mempercayai bahawa diri sendiri atau sebahagian daripada tubuh badan sudah tidak wujud lagi atau mempercayai bahawa dunia sudah tidak wujud lagi. Contohnya percaya bahawa darah tidak mengalir lagi dalam tubuhnya.
- Delusi merujuk (delusion of reference); Mempercayai bahawa orang lain di sekeliling bercakap mengenai dirinya. Contonya; percaya bahawa jiran bersembang mengenai dirinya, percaya bahawa televisyen menyiarkan cerita mengenainya.
Terdapat
banyak lagi contoh –contoh delusi dan perlu diingat, kepercayaan yang ada pada
pesakit itu hanyalah kepercayaan karut yang tidak sebenarnya berlaku tetapi
kepercayaan ini sangat kukuh dipercayai oleh pesakit walaupun beliau cuba di
cabar.
2. GANGGUAN EMOSI
Ganguan
ini bermaksud tidak ataupun kurang menunjukkan tindak balas emosi, ataupun
mempunyai gerak balas emosi yang tidak sesuai dengan situasi. Misalnya,
menangis ketika orang bergembira, gembira dan ketawa ketika orang
- Emosi yang tidak sesuai berlaku apabila pesakit mengalami emosi yang idak sesuai atau ketawa berlebihan.
- Emosi berlebih-lebihan berlaku apabila pesakit mengalami emosi yang berlebihan daripada yang sepatutnya. Contohnya jika diberikan wang RM1 dia menunjukkan kegembiraan yang melampau seperti melonjak-lonjak dan ketawa yang kuat..
- Emosi malap adalah emosi sentiasa murung dan tidak menceriakan. Contohnya, apabila diberikan hadiah pesakit hana menunjukkan senyum yang sedikit, tanpa menunjukkan senyuman yang sewajarnya.
- Emosi mendatar berlaku apabila pesakit tidak menunjukkan tindak balas emosi terhadap peristiwa atau peristiwa yang berkaitan dengannya. Contohnya, apabila diberitahu bahawa kucing kesayangannya mati, seseorang itu tidak menunjukkan sebarang reaksi.
- Anhedonia adalah keadaan pesakit tidak mampu mengalami keseronakan menyebabkan emosi pesakit kosong dan sesetengah daripada mereka akhirnya membunuh diri.
- Dalam filem “A Beautiful Mind” ini terdapat gangguan emosi. Ini dapat dilihat sewaktu Nash bersetuju untuk memandikan anaknya yang masih kecil. Beliau tidak memberikan sebarang tindak balas ketika anaknya menangis.
Kecelaruan
tingkah laku berlaku apabila pesakit menarik diri daripada perhubungan sosial
(tarik diri sosial). Dalam kes seperti tertentu, mereka inginkan hubungan yang
rapat dengan orang lain tetapi takut kepada orang ramai, ataupun menunjukkan
kurang minat pada orang lain. Kadangkala pesakit hilang motivasi, tiada
aktiviti yang bermatlamat. Mereka juga mengalami kecelaruan motor ekspresi muka yang ganjil, terlalu aktif
ataupun sebaliknya tidak bergerak langsung ataupun seperti robot. Kadangkala
bahasa pesakit sukar difahami. Mereka juga bertindak seperti kanak-kanak dan
menunjukkan tingkah laku yang kurang sesuai di khalayak ramai misalnya dari
segi berpakaian. Terdapat pesakit yang tidak mampu menjaga diri dan membersihkan
diri seperti tidak mandi, menggosok gigi dan menukar pakaian.
- Dalam filem “A Beautiful Mind” ini, kecelaruan tingkah laku dapat dilihat apabila Nash tidak mempunyai kawan sewaktu berada di universiti. Beliau lebih gemar menyendiri dan menghabiskan masa di bilik dan perpustakaan. Beliau juga mengatakan beliau tidak terlalu suka berhubung dengan orang lain. Nash hanya mempunyai teman khayalannya yang bernama Charles Herman. Selain itu, dalam filem ini,boleh dilihat kecelaruan tingkah laku yang mana Nash Nash menunjukkan ekspresi muka yang ganjil. Ini boleh dilihat bagaimana gaya berjalan Nash. Apabila berjalan, Nash berjalan agak terbongkok. Hal ini juga dapat dilihat ketika Nash berkenalan dengan temannya.
RAWATAN
PENYAKIT SKIZOFRENIA
Tiada
jalan mudah dalam rawatan skizofernia walaupun terdapat banyak cara untuk sembuh namun tidak ada satu cara yang berkesan ke
atas semua kes jika dilakukan secara bersendirian. Apabila seseorang mengalami
penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan.
Maklumat secara langsung dan tepat dapat
membantu kakitangan kesihatan dalam menentukan
dan merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian besar daripada
mereka dapat dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke
hospital atau institusi mental. Terdapat berbagai jenis rawatan yang boleh
diaplikasikan kepada pesakit dan rawatan segera perlu diberikan agar mereka
dapat pulih dengan cepat. Terdapat berbagai jenis rawatan yang boleh digunakan
untuk merawat penyakit mental antaranya ialah:
1. PENGGUNAAN UBAT-UBATAN
Pendekatan
ini merujuk pada pengambilan ubat antipsikotik iaitu dadah seperti thorazine,
melaril, stelazine dan prolixin yang pada umumnya menghasilkan kesan yang sama.
Ubat ini akan mengurangkan aktiviti reseptor dopamin otak yang akan dapat
mengurangkan halusinasi dan delusi pesakit tetapi tidak dapat menyembuhkan
penyakit ini. Menurut Mueser dan Gingerich (1995), rawatan dan ubat-ubatan
untuk kecelaruan skizofrenia bermula pada tahun 1950 apabila ubatnya ditemui
secara tidak sengaja semasa ahli sains membuat kajian tentang hipertekanan yang
melibatkan tekanan darah tinggi.
Ubat Anti-psikotik: Terdapat pelbagai
jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat anti psikotik yang digunakan
untuk rawatan skizofrenia. Ubat-ubatan
antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis seperti
delusi dan halusinasi (Zuraida.2009:33). Pengambilan ubat secara teratur dapat
mengurangkan kemungkinan berlakunya penyakit berulang dan pesakit
skizorfenia mestilah menerima kenyataan
bahawa dalam kebanyakan kes, ubat perlu diambil dalam jangka waktu yang lama
ataupun seumur hidup. Sizorfernia biasanya diiringi oleh simptom-simptom lain
seperti gelabah, tertekan, resah dan memerlukan ubat penenang (benzodiazepine).
Ia tidak memberi kesan kepada skizofernia tetapi akan menenagkan pesakit
sehingga ubat antipsikotik menunjukkan tindakan awal.
Semasa episod psikotik skizorfernia,
seseorang pesakit mungkin berasa murung. Oleh itu ubat antidepressant (kemurungan
)juga mungkin diberikan kepada pesakit. Jika pesakit skizorfernia
mengalami gangguan emosi yang tinggi (iaitu
mempunyai perasaan tinggi dan rendah) ubat menstabilkan emosi
diberikan. Manakala mereka yang mengalami kesan sampingan seperti ektrapirimidal
seperti getaran tangan atau kuku, selalunya akan diberikan ubat antiparkinson
untuk melawan kesan sampingan tersebut (Zuraida.2009: 36). Sebahagian ubatan
jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan.
- Mengimbau kembali filem ‘A Beautiful Mind’, John Nash telah disahkan mengalami skizofernia. Alice iaitu isterinya telah membawa John Nash menemui Dr Rosen dan berbincang mengenai kaedah rawatan untuk digunakan ke atas Nash. Dr Rosen telah menggunakan ubat antipsikotik dan diberikan kepada John Nasr namun ia tidak dapat memberi kesan yang lama ke atasnya kerena akhirnya beliau berhenti dari mengambil ubat tersebut. Selepas beliau berhenti mengambil ubat tersebut halusinasi serta imaginasi turut sama muncul kembali.
Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Elektrik bervoltan rendah digunakan untuk memberikan kejutan secara teraputik kepada sistem otak. Rawatan jenis ini adalah selamat, efektif dan tidak berbahaya serta biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius (O’brien Patrick.1978: 198). Sebelum rawatan dijalankan, seseorang itu akan diberi bius dan pesakit akan berasa letih dan lemah di samping ingatan mereka sedikit terjejas.
- Di dalam filem ‘A Beautiful Mind’, kaedah ini dijalankan ke atas John Nasr disebabkan simptom skizorfenia yang dialaminya agak kritikal sehingga menyebabkannya sentiasa berada dalam delusi dan halusinasi. Oleh itu, Dr Rossen menyarankan agar rawatan elektrokonvulsif ini dilakukan sebanyak 5 kali seminggu bagi memberi kelegaan kepadanya. Namun ia tetap tidak memberi kesembuhan sepenuhnya ke atas John Nasr.
3. KEMASUKAN KE HOSPITAL
Gangguan
jiwa mempunyai pecahan penyakit seperti schizophrenia, gangguan dwipolar,
kerunsingan, masalah konpulsif-obsesif, gangguan pemakanan, dementia dan
kemurungan. Seseorang
yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya akan menunjukkan pemikiran yang
tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. (http://www.wanista.com/2012/08/kenali-sindrom-sakit-mental-dan-bagaimana-untuk-membantu/). Ketika
krisis atau simptom menjadi lebih teruk, kemasukan ke hospital adalah perlu
untuk memastikan keselamatan, pemakanan, tidur dan juga kebersihan
terjaga. Kebiasaannya pesakit-pesakit skizofrenia ini akan tinggal
di dalam hospital yang khusus bagi penyakit mental kerana tingkah laku pesakit
ini kadangkala amat bahaya sehingga kepada membunuh diri. Walau bagaimanapun,
jumlah pesakit yang berjaya disembuhkan amat sedikit disebabkan mereka
mengalami gangguan mental yang amat serius. Namun begitu terdapat juga pesakit
skizofrenia yang berjaya pulih sepenuhnya dengan gabungan rawatan dan
ubat-ubatan yang diperolehi.
- Alice mendapati bahawa kelakuan Nash yang agak memencilkan diri. Beliau mengesyaki bahawa mungkin Nash mengidap penyakit tertentu. Jadi John Nasr terpaksa dimasukkan ke hospital apabila tingkahlakunya yang sentiasa dipengaruhi dengan halusinasi dan delusi menyebabkannya berada dalam khayalan dan memerlukan kepada perhatian doktor. Selain itu beliau juga sanggup mencederakan dirinya dengan melukakan lengannya disebabkan halusinasinya yang menganggap wujudnya kod rahsia yang disimpan di situ.
4. TERAPI PSIKOLOGI DAN SOSIAL
Psikoterapi
melibatkan penggunaan teknik psikologi kepada pesakit. Ahli profesional yang
mengendalikan psikoterapi adalah seperti ahli psikologi, pekerja sosial dan
jururawat yang berpengalaman. Psikoterapi digunakan bersama-sama dengan
ubat-ubatan. Kebanyakan pakar meyakini program pemulihan semakin berkesan jika
program ini melibatkan gabungan psikoterapi dan penggunaan ubat-ubatan
antipsikotik. Terapi
sebegini boleh dijalankan di hospital, linik pesakit luar, pusat kesihatan
mental dan pusat rehabilitasi ( satu proses yang berterusan untuk mengembangkan
keupayaan seseorangg pesakit akibat sesuatu peristiwa yang berlaku atau
kecederaan).
Kaedah
terapi psikososial digunakan untuk meningkatkan kebolehan sosial, keupayaan
diri, kemahiran praktikal dan komunikasi dengan orang lain daripada kalangan
pesakit skizofernia. Matlamatnya untuk
membolehkan seseorang pesakit yang mengalami penyakit yang kronik mengembangkan
kemahiran sosial dan vokasional agar boleh hidup berdikari.
a. TERAPI KELUARGA ATAU BERKUMPULAN
Keluarga merupakan
insan yang paling dekat dengan pesakit
dan kehadiran mereka adalah sumber kekuatan yang dapat memberi kelegaan dan
kesembuhan dalam jangka masa yang panjang. Menurut Nevid, et al. (2000)
anggota keluarga mampu untuk memainkan peranan yang paling berkesan sebagai
kumpulan sokongan. Pesakit memerlukan
sokongan dan bantuan daripada keluarga. Konsep penerimaan sepenuhnya daripada anggota keluarga
sendiri mampu untuk memulihkan kecelaruan kecelaruan yang dihidapi oleh
pesakit.
Melalui
terapi dalam kumpulan, pesakit boleh memperbaiki skil sosial mereka atau dalam
kata lain mengikis kelakuan yang aneh dan memperbaiki cara berinteraksi dengan
orang lain. Terapi ini penting agar ahli keluarga dapat mengenal serta menjauhi
situasi yang boleh membuatkan pesakit berasa tertekan. Konsep
penerimaan sepenuhnya daripada anggota keluarga sendiri mampu untuk memulihkan
kecelaruan-kecelaruan yang dihidapi oleh pesakit. Masyarakat sering menganggap mereka yang
mengalami masalah mental ini sebagai satu ancaman dan amat merbahaya kepada
keselamatan kerana akhbar sering melaporkan salah laku mereka yang menghadapi
masalah ini tetapi tidak menyatakan cara untuk membantu mereka. Justeru,
peranan keluarga dalam membantu pesakit amatlah diharapkan. Layanan dan kemesraan
yang ditunjukkan akan memberikan pesakit keyakinan diri dan merasakan diri
mereka disayangi serta dihargai.
- Selepas Nash dikeluarkan dari hospital, isterinya Alice banyak mengambil berat dan memantau kesihatannya. Alicia merupakan individu penting dalam proses kesembuhan John Nasr. Pengorbanannya dalam memahami emosi suaminya menjadikan proses ini dapat dilalui dengan sebaiknya sehingga John Nasr sembuh dari penyakit yang dihidapi hampir 3 dekad. Sokongan dan dorongan ahli keluarga dapat menyuntik semangat untuk kekal sihat dan menjalani kehidupan normal yang penuh kegembiraan dan keseronokan. Alice sangat sabar dalam melayani karenah dan perangai John Nash yang kadang-kadang turut mendatangkan tekanan padanya. Selain itu Sol sahabatnya juga pernah melawatnya di rumah dan cuba untuk menaikkan semangatnya untuk pulih normal seperti manusia lain. Doktor juga menjalankan tanggungjawabnya dalam memberi rawatan yang bersesuaian dengan pesakit.
b. LATIHAN KEMAHIRAN SOSIAL
Latihan
ini adalah pendekatan pemulihan yang berkesan dan membantu pesakit berdikari.
Program pendidikan untuk keluarga bertujuan meningkatkan pemahaman tentang
penyakit skizofrenia dan cara rawatannya. lni dapat membantu keluarga pesakit
momperbaiki komunikasi dan kemahiran dalam penyelesaian masalah.Bagi sesetengah
pesakit rawatan pemulihan melalui program bengkel terlindung dant penjagaan
harian akan dapat membantu. Rawatan awal memudahkan penyakit ini sembuh dan
mengekalkan fungsi diri.
c. KAUNSELING
Kaunseling boleh
membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam.
Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan
beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling
bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu. Selain itu, terapi
kaunseling kepada keluarga juga penting. Melalui terapi ini, keluarga tersebut
dapat memahami dengan lebih mendalam berkenaan penyakit ini dan mengenal pasti
sebarang perubahan pada pesakit dengan lebih cepat. Selain itu, program
pendidikan untuk keluarga bertujuan meningkatkan pemahaman tentang penyakit
skizofrenia dan cara rawatannya. lni dapat membantu keluarga pesakit
memperbaiki komunikasi dan kemahiran dalam penyelesaian masalah.
d. TERAPI KELAKUAN
Pendekatan ini menggunakan pendekatan sistem ekonomi yang
dilakukan di hospital mental. Pesakit belajar mengenai tingkah laku yang formal
seperti bagaimana mentadbir semasa mesyuarat, mempunyai perwatakan yang kemas
dan sentiasa menggunakan perkataan yang sopan.
Terapi ini digunakan pada pesakit-pesakit skizofernia untuk memperbaiki
pemikiran yang sudah terpesong, meningkatkan daya tumpuan, dan membaiki
kesilapan dalam membuat keputusan (Zuraida.2009:42). Pesakit yang beroleh
keberkesanan dalam terapi adalah yang memahami dan nyata penyakit yang dialami
oleh mereka. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis
ini. Jika pesakit dapat melakukannya
mereka akan diberikan ganjaran sama seperti makanan, masa yang istimewa kepada
mereka, mereka telah lulus ujian dan sebagainya. Kaedah rawatan ini
mengurangkan delusi dan halusinasi pesakit (O’brien Patrick.1978:255). Pendekatan
ini adalah lebih mesra dan banyak diaplikasikan pada masa kini. Terapi
memerlukan perhatian yang tinggi diberikan kepada pesakit dalam misi untuk ke
arah lebih baik. Keluarga dan sahabat perlu memberikan perhatian dan
perlindungan kepada pesakit kerana hanya melalui sokongan ini dapat
menyembuhkan mereka daripada halusinasi dan delusi.
- Alicia memberikan sentiasa memberikan keyakinan kepada suaminya untuk berdikari. Kerjasama dari masyarakat seperti kawannya Martin Hansen yang membenarkan dia belajar semula di Princeton university.
e. PSIKOTERAPI
INDIVIDU
Psikoterapi
individu adalah suatu terapi yang dapat membantu dan memberi kesan tambahan
kepada rawatan ubat-ubatan. Kebolehan juruterapi seperti keluarga, sahabat dan
orang awam menguasai dan memahami pesakit adalah satu cara yang dapat member
kesan kepada keberkesanan rawatan ini. Manakala, kebolehan seseorang pesakit
skizofernia untuk menghasilkan perhubungan yang berkesan atau ‘terapeutik’
dengan juruterapi adalah penanda kepada keberkesanan rawatan psikoterapi
(Zuraida.2009:42). Untuk membina hubungan anatara pesakit dengan doktor
bukanlah suatu tugas yang mudah disebabkan pesakit suka bersendirian, sukar
untuk didekati, sukar mempercayai orang lain dan mudah cemas. Juruterapi perlu
menghormati ruang dan privasi yang diingini oleh pesakit dan perlu memberikan
arahan yang mudah, bersikap sabar, ikhlas dan sensitive dengan gelagat pesakit.
Kepercayaan terhadap juruterapi perlu dibina ke atas pesakit agar mereka boleh
dipercayai, memahami dan meyakini bahawa pesakit adalah seperti manusia biasa.
Objektif psikoterapi individu ini
adalah untuk meningkatkan keperibadian dan penyesuaian sosial selain mencegah
daripada berulangnya penyakit. Pendekatan terapi ini menggunakan kemahiran sosial, senaman
relaksasi (ketenangan), pendidikan psikiatri, mengenal diri dan memahami
kelemahan diri. Pesakit yang menjalani psikoterapi peribadi akan bertambah baik
dalam penyesuaian social, termasuk dalam pekerjaan, berhibur dan perhubungannya
dengan orang lain serta kadar berulangnya penyakit adalah rendah berbanding
pesakit yang tidak menjalani terapi peribadi (Zuraida.2009:43).
- Dr Rossen adalah individu yang bertanggungjawab dalam misi member kesembuhan kepada John Nasr. Melalui pantauan dan nasihat Dr. Rossen, John Nasr kembali yakin untuk keluar daripada penyakitnya. Kepercayaannya terhadap Dr. Rossen membantu dia Berjaya untuk mengawal halusinasi dan delusi yang dialami.
5. RAWATAN SUSULAN PESAKIT YANG BAIK
PROGNOSIS
Selepas
rawatan episode skizorfenia pertama, pesakit yang dianalisis mempunyai
prognosis yang baik (dijangka akan pulih dengan cepat dan sepenuhnya) akan
dirawat dengan dua keperluan utama (Zuraida.2009: 50).
i. Perlu
meneruskan ubat antipsikotik untuk sekurang-kurangnya tiga bulan sebagai
pesakit luar.
ii.
Mendapatkan
nasihat doktor untuk rawatan susulan.
6.
RAWATAN SUSULAN PESAKIT YANG TIDAK
BAIK PROGNOSIS
Apabila
dinilai kemungkinan penyakit akan berulang, rawatan berterusan diperlukan,
termasuklah terus memakan ubat antipsikotik. Suntikan antipsikotik diberikan
jika ubat tidak berhasil. Keperluan ubat bergantung kepada keadaan pesakit dan
pantauan serta nasihat akan diberikan supaya pesakit menjauhkan daripada
hal-hal yang menekan hidupnya. Masa interaksi dikurangkan jika didapati emosi
ahli keluarga yang tinggi terhadap pesakit.. Pesakit digalakkan meneruskan
kehidupannya dengan mendapatkan pekerjaan dan meneruskan kerjayanya
(Zuraida.2009:51).
7. RAWATAN SUSUSLAN PESAKIT KRONIK
Apabila
pesakit didapati sukar untuk bersosial dan mempunyai symptom-simptom negatif
skizofernia yang kronik, rawatan yang lebih komprehensif perlu dirancang.
Proses rehabilitasi perlu dijalnkan sama ada di hospital atau diluar hospital.
Pengekalan ubat-ubatan sangat penting di samping program pemulihan yang
besesuaian dengan pesakit. Rawatan adalah ibarat tongkat yang
hanya dapat menyokong pesakit tetapi berjalan adalah dilakukannya sendiri.
Sokongan keluarga dan rakan-rakan akan dapat membantu memulihkan pesakit.
KESIMPULAN
Skizofernia ini adalah satu penyakit yang sebenarnya berpunca
daripada masalah kegagalan fungsi otak. Disebabkan oleh masalah tersebut
membuatkan pesakit skizoferni ini sering mendengar suara yang tidak didengari
oleh orang lain atau percaya bahawa orang lain sedang menguasai pemikiran
mereka dan juga percaya bahawa ada orang yang mahu mencederakan mereka. John Nash seorang individu genius dalam bidang matematik mampu
membuktikan bahawa walaupun beliau mengalami penyakit skizofernia ini hampir
tiga dekad, beliau berjaya mengharungi hidup dan meraih anugerah Nobel
Memorial Prize dalam ekonomi. Beliau akhirnya berjaya pulih seperti
sediakala dan menjalani kehidupan normal seperti manusia biasa.
Ini membuktikan bahawa pesakit yang mengidap penyakit skizofenia
ini mampu serta boleh disembuhkan dan pesakit ini juga boleh menjalani
kehidupan-kehidupan yang normal seperti manusia biasa. Sebelum pesakit
skizofernia boleh menjalani kehidupan normal, terdapat usaha-usaha serta
rawatan yang berkala bagi mengawal halusinasi yang dialami oleh pesakit ini.
Ubat-ubatan untuk menyembuhkan penyakit ini juga masih belum lagi ditemui
walaupun penemuan bagi rawatan dan ubatan telah ada. Ini kerana kaedah rawatan
serta ubat-ubatan bagi penyakit skizofernia ini hanyalah bersifat untuk
meredakan ketegangan pesakit shaja dan bukan untuk menyembuhkan penyakit
skizofernia ini secara menyeluruh.
Pemupukan kasih sayang di antara pesakit skizofernia ini
terutamanya melibatkan anggota keluarga serta masyarakat amat dititikberatkan
bagi merawat pesakit-pesakit skizofernia. Sikap-sikap tidak meminggirkan
pesakit ini juga adalah perlu bagi mewujudkan perasaan tenteram dalam diri
pesakit. Oleh itu, segala sokongan serta kerjasama dari semua pihak adalah amat
penting bagi mengembalikan semula pesakit ini ke dalam keadaan normal.
RUJUKAN
Azizi Yahaya dan Tan Soo Yin. 2007. Kesihatan Mental. Universiti
Teknologi Malaysia. Johor.
Azizi
Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad dan Sharifuddin Ismai. 2006. Kecelaruan
tingkah laku. PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.
H.Buss Arnold & H. Buss Edith. 1969. Theories
of Skizophrenia. United States of America :
Lorettali.
Ming T.Tsuang. 1982. Schizophrenia : The Facts.
New York : Oxford University Press.
Mueser, K.T.
dan Gingerich. S. 1995. Coping With Schizophrenia. Oakland, California.
New Harbinger Publications, Inc.
Nevide,
J.S., Rathus, S.A dan Greene, B. 2000. Abnormal Psychology, Fourth
Edition. New Jersey. Prentice Hall.
Nor
Zuraida Zainal & Jesjeet Singh Gill.2009. Skizofernia: Penyakit Mental. Kuala Lumpur:
Penerbit UM.
O’brien Patrick.1978. The Disordered Mind ,What we now
know about Schizophrenia.,USA: A Spectrum Book.
Sue A. Shapiro. 1960. Contemporary Theories of
Schizophrenia. New York : Basic Book
Publishers.
William C. Cockerham. 1995. Sociology of Mental
Disorder. Sixth Edition. New Jersey :
Upper Saddle River.
DENGAN KERJASAMA:
NURFIDA'IY BT SALAHUDDIN
NURUL AMILIN BT ROZALI
NOR ATIKAH BT ADNAN
NURFIZA SYAHIDA BT MAZID
NUR AIN BT ARIFIN